Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Chef Wan bimbang masuk penjara
Diterbitkan:  Aug 21, 2017 7:16 PM
Dikemaskini: 12:17 PM

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengakui berasa bimbang apabila dikehendaki ‘masuk’ ke penjara.

Chef Wan membuat pengakuan itu menerusi akaun Instagram miliknya kelmarin.

Kata chef selebriti terkenal itu, dia diminta untuk pergi ke penjara paling berbahaya yang terletak di Asia.

Bagaimanapun, Chef Wan sebenarnya bukanlah akan dipenjarakan kerana melakukan sebarang kesalahan.

“Pagi ini saya menerima sebuah tawaran daripada pengarah eksekutif siaran Discovery Travel dan Living Channel untuk menjadi hos mereka sebagai tukang masak bagi rancangan memasak dan pengembaraan.

“Mereka mahu saya melawat empat penjara terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara selain menyelami kehidupan banduan di situ.

Proposal itu benar-benar dilihat menarik, kelakar, pengalaman penuh keriangan dan pada masa sama menakutkan.

“Saya beritahu kepada penerbit BBC 2 Talkshow yang saya pernah bekerja bersama Misal Hussein dan berharap mereka menjaga keselamatan saya,” katanya.

Mengaku teruja, Chef Wan berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan cabaran berkenaan kerana ia adalah pengalaman yang sukar dicari ganti.

Katanya, dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

“Bukan senang nak dapat tawaran dari Discovery Travel dan Living Channel. Saya dipilih berbanding jutaan cef yang lain.

“Malahan rancangan berkenaan akan disiarkan di seluruh dunia cuma resipi yang dimasak tidak boleh dimasukkan terung ataupun timun,” katanya.

Lihat Komen
ADS