Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Anak lelaki kepada pemain gitar terkenal negara ditahan dipercayai terlibat mengendalikan aktiviti pelaburan haram di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, Rabu lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki berusia 33 tahun itu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan terlibat, ditahan pada 5.15 petang.

"Polis turut merampas pelbagai dokumen berkaitan pelaburan syarikat itu yang menawarkan pelaburan produk kecantikan dan kesihatan atas nama pemain gitar terkenal berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata syarikat tersebut menjanjikan keuntungan antara 20 hingga 30 peratus sebulan dengan nilai pelaburan paling rendah sebanyak RM3,000.

Thaiveegan berkata sebanyak 89 laporan polis dibuat terhadap syarikat itu dengan nilai kerugian mencecah RM1 juta.

Katanya polis turut mengesan beberapa individu lain berhubung kes tersebut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penganjur skim pelaburan haram yang menjanjikan tawaran pulangan yang tinggi dan tidak munasabah dalam masa singkat.

-Bernama

Lihat Komen
ADS