Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pastikan kitalah juara, kata Siti
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 7:45 PM
Dikemaskini: 11:56 AM

SUKAN SEA | Kira-kira sejam saja sebelum wira negara turun menggalas harapan seluruh rakyat Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyampaikan kata-kata semangat.

Sama seperti harapan seluruh rakyat di negara penyanyi terkenal itu juga mengharapkan pingat emas bola sepak Sukan SEA kali ini menjadi milik kita.

Dalam klip video ringkas itu, Siti Nurhaliza menyampaikan ucapannya dengan bersahaja.

"Hai, saya nak ucapkan semoga berjaya kepada pasukan bola sepak Malaysia menentang Thailand pada malam ini.

"Dan pastikan kitalah juara," katanya di Instagram.

Pemain Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee berdepan cabaran Thailand untuk menggapai "ibu segala pingat" dalam perlawanan dijangka mendebarkan di Stadium Shah Alam.

Kali terakhir Malaysia dikalungkan dengan pingat emas Sukan SEA ialah pada 2011 di Jakarta. Dalam perlawanan itu skuad muda kebangsaan menundukkan tuan rumah dengan sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Pada masa sama lawan yang dihadapi Malaysia malam ini bukanlah boleh dipandang sebelah mata. Thailand adalah juara untuk dua Sukan SEA terakhir, iaitu pada 2013 dan 2015, masing-masing di Myanmar dan Singapura.

Di Myanmar skuad gajah putih itu menumbangkan Indonesia 1-0, dan dua tahun memudian menjinakkan Myanmar 3-0.

 

 

Selamat berjaya kepada pasukan bolasepak negara untuk perlawanan akhir Sukan Sea malam ini. #harimaumalaya

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Lihat Komen
ADS