Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Selepas aksi bogel, peminat Alicia Amin bertambah
Diterbitkan:  Sep 4, 2017 12:49 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Ketika hangat isu 'gambar panas' bekas peserta rancangan Asia's Next Top Model, Alicia Amin, model berkenaan kini berjaya mengumpul 100,000 pengikut di laman Instagram.

Alicia atau nama penuhnya, Raja Alicia Raja Amin, 22 baru-baru ini menjadi bualan netizen apabila tersebar gambarnya tanpa seurat benang ketika menggayakan koleksi pakaian dalam, Victoria’s Secret.

Sesi penggambaran tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016.

Menerusi laman Twitter miliknya, Alicia meluahkan rasa bangga dengan hasil kerjanya sebagai anak seni dan mengkritik masyarakat Melayu kerana berfikiran kolot.

Nama Alicia, yang popular di laman Twitter, naik mencanak bermula daripada rancangan Asia's Next Top Model musim kelima.

Dia kini mencipta nama sebagai pelakon menerusi drama Melayu di TV3, Meh Sandar Lagi yang turut dibintangi pelakon Aliff Aziz dan Mira Filzah.

Status-status Alicia di laman sosial banyak berkisarkan mengenai kehidupannya sebagai model dan selebiriti.

Susulan daripada aksi berani itu, penampilan Alicia mengundang kritikan dan cemuhan daripada sebahagian besar netizen.

Bagaimanapun, Alicia tetap mempertahankan tindakannya dengan mengkritik pemikiran masyarakat Melayu yang disifatkan sebagai mundur.

Menerusi laman Intagram dan Facebook, Alicia terus memuat naik gambar-gambar seksinya untuk tatapan umum.

Lihat Komen
ADS