Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Hari pernikahan Bella, Engku Emran dah dekat?
Diterbitkan:  Sep 5, 2017 11:36 AM
Dikemaskini: Sep 6, 2017 3:01 AM

Menghitung hari bergelar isteri Engku Emran, Laudya Cynthia Bella kini mula melakukan persiapan menuju hari bahagia mereka, antaranya mengadakan kenduri doa selamat.

Menerusi kemaskini yang dimuat naik di Instagram, pelakon Indonesia itu berkongsi keberkatan diambil dalam majlis berkenaan.

Kenduri doa selamat adalah kebiasaan bagi wanita Muslim Indonesia menjelang hari perkahwinan, maka ia menguatkan lagi desas-desus perkahwinan mereka.

"Saya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur.

“Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah,” tulis pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu.

Berserta status itu, Bella menulis hashtag BAE - singkatan yang dikatakan merujuk kepada nama Bella - Aleesya - Engku Emran.

Aleesya adalah anak hasil perkongsian hidup Engku Emran dengan bekas isteri pelakon Erra Fazira.

Pada majlis berkenaan, Bella mengenakan pakaian dan hijab berwarna ungu. Turut beredaran di media sosial, buku doa dan selawat tertera nama Bella dengan calon suaminya itu.

Meskipun tarikh pernikahan ditelah semakin hampir, masih tiada sebarang jawapan dari Bella mahupun Engku Emran berhubung teka-teki itu sejak hubungan romantis mereka dihidu media tempatan dan Indonesia.

Media tempatan pernah melaporkan, majlis perkahwinan berkenaan akan diadakan dalam suasana sederhana malah hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat saja di sebuah lokasi tidak didedahkan.

Selepas berkahwin, wanita berdarah Sunda itu dikatakan memilih untuk menetap di Malaysia.

Sementara itu, seorang daripada anggota keluarga Bella, Adit Triyadi turut berkongsi luahan hati mengenai hari bahagia Bella pada imej dimuat naik.

Gambar itu menunjukkan Bella memeluk erat tubuh Adit.

“Bukan perpisahan cuma perjalanan hidup @laudyacynthiabella,” tulis Adit.

 

12 tahun karita jaga aku.. Makasih karitaaaaaaa🙏🏼❤️ Love!

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Lihat Komen
ADS