Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penyanyi Datin Alyah mengakui pernah mengalami tekanan emosi hingga hampir jatuh pitam ekoran pilihan fesyen digayakannya dilabel seperti seorang rahib atau biarawati oleh pengguna alam maya.

Katanya, kejadian itu berlaku apabila dia memuat naik imej pakaian berwarna hitam putih di akaun Instagram selepas memenuhi undangan nyanyian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Alyah berkata, dia sudah memberi kenyataan membela diri dan menjelaskan alasan pememilihan persalinan berkenaan namun netizen tetap memilih untuk mencemuh.

"Saya tidak menyangka sampai begitu sekali komen dilontarkan pengguna media sosial.

"Komen diberikan ternyata membuatkan saya benar-benar kecewa. Apa salah memberi teguran dengan cara baik," katanya.

 

 

TQ so much @syafieq_ayman & @erieyzulkifli 😎😎😎

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

 

Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hassan, 36, ditemui pada majlis pelancaran lagu Mengapa Harus Aku di Subang Jaya semalam.

Lagu ditulis Alyah bersama NK Azlen dan Alfie Alwie itu turut menampilkan penyanyi Farawahida sebagai pasangan duet.

Dalam pada itu, penyanyi Sesal Separuh Nyawa itu memberitahu dia turut berkongsi masalah dihadapi dengan suaminya komposer Datuk Ramli MS.

Kata Alyah, Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram itu ada memberikan kata-kata berupa nasihat agar dia tidak cepat melatah dengan kritikan tidak membina.

"Dia (suami) meminta saya tidak menghiraukan perkara itu kerana beranggapan tahap pemikiran seseorang boleh dinilai sama ada tinggi atau rendah berdsarkan cara mereka memberi komen.

"Perkara begini susah hendak dijelaskan lebih lanjut. Kita bukan golongan terlalu bijak agama.

"Tetapi saya selalu berdoa agar Allah bimbing dan lindungi saya, itu adalah pesan yang dititipkan setiap hari kepada diri sendiri," katanya.

Lihat Komen
ADS