Sebaik buka mata, Mahadzir minta pijama, berus gigi
Diterbitkan: Sep 27, 2017 7:02 PM | Dikemas kini: Sep 27, 2017 7:29 PM
Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman sedar daripada koma hari ini sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Ahad lepas.
Adiknya, Danial Lokman berkata Mahadzir kini boleh bercakap dan peka namun masih di bawah pemerhatian rapi doktor untuk rawatan lanjut.
“Perkataan pertama beliau adalah ‘tolong minta sesiapa bawakan pijama dan berus gigi saya ke hospital ya’,” kata Danial dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.
Mahadzir, 60, dibawa ke hospital awal Ahad selepas keluarganya menemui beliau tidak sedarkan diri di kediamannya berikutan pelbagai komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan diabetes yang dihidapinya.
-Bernama

