Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Azharina ambil anak angkat baru
Diterbitkan:  Oct 20, 2017 12:08 PM
Dikemaskini: 4:12 AM

Episod duka Azharina Azhar pada Mac sudah berlalu, hidup penyanyi itu kini kembali bersinar selepas ‘dikurniakan’ anak angkat baru yang diberi nama Redha Azharin Azhar.

Ini adalah anak angkat ketiga yang dibela Azharina selepas Rahmat dan arwah Rizqie Azharin Azhar.

“Assalammualaikum. Di hari cahaya ini bertarikh 18 Oktober 2017 lahirnya anak ke-3 ku King Redha Azharin Azhar.

“Syukur Alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Allah Taala atas kurniaan rezeki ini di saat mummy diduga badai dan duri kau hadir membawa sinar cahaya dan keredhaan buat kita sekeluarga. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi Instagram.

 

A post shared by azharina_a (@azharina_a) on

Pada 28 Mac lalu, Rizqie yang baru berusia 23 hari dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat mengalami implikasi paru-paru dipenuhi susu, pendarahan otak dan kerosakan buah pinggang.

Rizqie adalah anak kenalan yang dijaga Azharina, dilahirkan dalam keadaan pra matang pada 5 Mac lalu.

Bagi Azharina, kehadiran Redha ibarat membawa seribu rahmat buatnya.

“Alhamdulillah syukur ya Allah.. Aku Redha dengan ketentuan Mu.” kata penyanyi Elegi Sepi itu.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, bayi lelaki itu dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram.

Menurut Azharina, 32, ibu kepada Redha menghubunginya lebih kurang sebulan selepas Rizqie meninggal dunia.

“Alhamdulillah, ini satu lagi rezeki untuk saya dah keluarga. Pada April lalu ibu kepada Redha menghubungi saya.

“Dia meminta saya menjadikan bayi yang dikandungnya sebagai anak angkat kerana berdepan masalah kewangan sebagai ibu tunggal,” katanya.

Bagaimanapun, pada ketika itu Azharina tidak dapat menjanjikan apa-apa kerana masih bersedih selepas kehilangan Rizqie dan belum bersedia untuk kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Mengenai pemilihan nama anak ketiganya itu pula, Azharina memberitahu ia mempunyai kaitan dengan Rizqie.

“Redha bererti kami sekeluarga reda dengan pemergian Rizqie. Sekali pandang, wajah Redha seiras Rahmat dan Rizqie,” katanya.

Lihat Komen
ADS