Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Minyak naik, Fathia tanya: Siapa tak sakit hati?
Diterbitkan:  Nov 8, 2017 11:38 PM
Dikemaskini: 3:52 PM

Pelakon yang terkenal bersuara lantang di media sosial Fathia Latiff menggunakan platform itu sekali lagi untuk mempersoalkan harga minyak yang meningkat mulai tengah malam ini.

Dalam status dimuat naik kira-kira empat jam lalu itu, Fathia mengajukan soalan yang pada masa sama seolah-olah berbaur luahan kepada pengikutnya di Twitter.

“Minyak naik lagi RM2.31 sen! Sapa (siapa) sakit hati? Ke tak rasa apa-apa sebab dah immune (biasa)?” katanya.

Harga petrol mencatatkan kenaikan ketara untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi mulai 9 Nov ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kadar jualan runcit RON95 - yang paling banyak digunakan orang awam - naik 7 sen menjadi RM2.31 seliter.

RON97 pula meningkat 6 sen menjadi RM2.60 seliter, manakala diesel RM2.20 seliter atau naik 3 sen.

Ia sekali gus mejadikan harga minyak di negara ini berada pada paras tertinggi sejak penetapan harga minyak dibuat secara mingguan sejak April lalu.

Kali terakhir harga petrol mencecah paras tertinggi di bawah sistem baru ialah pada 20 April apabila RON95 berharga RM2.27 seliter manakala RON97 pada RM2.54 seliter.

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, itu turut merungut kerana sukar menerima harga kenaikan minyak berkenaan.

“Dengar tak kitorang (kami) tak boleh terima harga minyak naik? Kitorang takda la kaya mana. Ke buat2 p.e.k.a.k?” katanya sambil mengiringi status itu dengan tanda pagar #SpeakUp.

 

 

 

 

Lihat Komen
ADS