Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Peluang intai aksi kung fu Jack Ma
Diterbitkan:  Nov 12, 2017 9:10 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

Siapa kata bilionair tidak boleh berkung fu?

Treler rasmi - berdurasi enam minit - filem Gong Shou Dao (Seni Mempertahankan Diri dan Serangan) dibintangi pengasas Alibaba, Jack Ma Yun, telah disiarkan semalam.

Ia boleh ditonton di laman Facebook rasmi pelakon filem aksi, Jet Li, dan setakat ini klip berkenaan sudah ditonton lebih 5.9 juta kali.

Selain Jet Li, filem itu yang dijadual ditayangkan pada 11 Nov turut dibintangi Donnie Yen, Sammo Hung Kam-bo, juara tinju Zou Shiming, aktor Thailand Tony Jaa serta bekas juara sumo warga Mongolia, Asashoryu Akinori.

Dalam 40 saat pertama tayangan treler filem ini, beberapa mahaguru seni mempertahankan diri berkumpul di sebuah gudang, mempamerkan kemahiran kung fu mereka mengawal dan membuat lontaran bola sesama mereka dan balingan terakhir disambut dengan tumbukan oleh Ma yang menembusi bola itu.

Babak berikutnya memperlihatkan aksi Ma menentang jagoan kung fu seorang demi seorang, dan menunjukkan kebolehan bilionair itu dalam seni mempertahankan diri.

“Tayangan penuh filem ini dijamin sangat menarik,” kata Jet Li yang juga penerbit eksekutif filem tersebut, di laman Facebooknya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS