Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fathia rasa nak nangis renung mata Mahathir
Diterbitkan:  Dec 4, 2017 11:12 AM
â‹…
Dikemaskini: 5:53 AM

Ketepikan dulu kontroversi atau kisah panas yang pernah terhasil daripadanya.

Kini Fathia Latiff mendapat perhatian - malah pujian - daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semuanya kerana sikap terus terang dan 'nakal' pelakon terbabit mengusik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Melalui Twitter, Fathia meluahkan keinginannya untuk bertemu Najib.

“Saya pernah wawancara Tun (Dr Mahathir) sebelum ini, boleh tak bagi saya peluang untuk temubual @NajibRazak pula? Tolong? Saya berjanji akan jadi baik,” kata pemilik nama penuh Nur Fathiya Abdul Latiff itu.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam memberi reaksi balas dengan memberi kata-kata dorongan kepada Fathia.

 

 

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff. Insha-Allah, kita akan bangkit bersama untuk mengembalikan maruah negara,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai respon, pelakon Nur Kasih itu berkata kekagumannya menjadi milik Mahathir atas pengorbanan pernah dilakukan tokoh pembangunan dan pemodenan negara itu.

Pernah sembang santai

Malah katanya, dia kecewa kerana terdapat juga manusia yang mudah lupa terhadap usaha dan peranan yang pernah dimainkan beliau ketika zaman pemerintahannya satu ketika dulu.

“Saya lebih kagum dengan Tun, mempertahankan maruah negara walaupun ramai yang sudah lupa pada sumbangan Tun yang tiada nilai dengan wang ringgit.

“Saya juga sedih dengan segilintir manusia yang tak menghargainya.Tetapi tidak mengapa, orang yang tidak buta hati masih dapat menilai, Insya-Allah,” katanya.

Fathia sebelum ini pernah mewawancara Dr Mahathir dalam satu program yang bersiaran secara langsung selama 45 minit pada 16 Jun lalu.

Melalui program Apa Kata Tokoh itu, Fathia mengajukan beberapa soalan bersifat peribadi serta santai termasuk kejayaan bekas perdana menteri itu membina Menara Kembar KLCC hingga ia menjadi mercu tanda negara.

Sementara itu dalam kemas kini lain di Instagram Fathia sekali lagi menyatakan rasa kagum dan dekatnya dengan Dr Mahathir.

"@inspirasikumahathir feels like crying looking into his eyes la wehh (rasa nak menangis memandang matanya...)

 

 

Bila kita diatas, orang sanjung kita mcm nak rak . Well, itu perkara biasa :) Tapi, bila kita sudah tua, atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka kata, kata kita ni nyanyok, kata kita gila, takdak akai, itu lah dinamakan kacang lupakan kulit! yang sememangnya lumrah kehidupan. Habis! habisss semua jasa dia orang tak nampak, apa usaha beliau selama ni mcm kena lempaq tepi jalan. Sanggup keluarkan beliau dari sejarah negara dan kata macam-macam seolah- olah beliau takdak perasaan. Seharusnya kita kena ingat dan bersyukur, orang yang hebat ini , pada satu ketika dulu, telah pernah berjaya menjulang darjat negara kita setinggi - tingginya dan terperlulah kita pertikaikan lagi. Akhir kata, lihatlah seseorang itu bukan dari sudut mata yang biasa , tetapi gunakan lah MATA hati ! Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan! bukan untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua. With love and regards, Nur Fathia. P/s: skang ni, kenapa Tun panggil wa puan! lol🙄 @inspirasikumahathir feels like crying looking into his eyes la wehh😔

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

 

Lihat Komen
ADS