Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Pemilik FashionValet, Datin Vivy Yusof, 29, mendedahkan ada pihak cuba melaga-lagakan dia dengan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor .

Sebaliknya, usahawan muda itu menjelaskan bahawa mereka sebenarnya berkawan baik dan sering bekerjasama dalam perniagaan.

“Saya rasa banyak pihak yang cuba untuk melagakan saya dengan Neelofa sebab kami menjual produk yang sama. Tapi ternyata perniagaan kami sangat berlainan.

"Saya rasa orang tak tahu yang kami berkawan baik. Kami tak ada dengki antara satu sama lain.

"Saya rasa kami boleh menjadi contoh yang orang Melayu gembira dan terus menyokong antara satu sama lain," katanya selepas sesi dialog 'Bicara Orang Muda Ikon Orang Muda' di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas perbandingan bersama Neelofa yang merupakan pengasas tudung jenama Naelofar Hijab berikutan kedua-dua ikon itu mengusahakan perniagaan tudung.

"Dia (Neelofa) sangat menyokong FashionValet dan saya juga menyokong Naelofar Hijab.

"Neelofa ada kekuatan dia dan begitu juga saya ada kekuatan sendiri, memang lain," katanya sambil menambah beliau akan mengeluarkan koleksi kolaborasi Neelofa X FashionValet pada bulan ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat lebih ramai golongan wanita yang bergelar usahawan mengikut jejak kejayaan Vivy dan Neelofa.

Vivy berkata, dia amat terkejut mengenai pengumuman tersebut dan berterima kasih kepada Najib yang mengiktiraf usahanya selama ini bersama usahawan wanita yang lain.

"Ini dapat membakar semangat bukan sahaja orang luar untuk mendapat inspirasi tetapi saya sendiri dalam menaikkan tahap kerjaya saya," katanya.

Lihat Komen
ADS