Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aishah nak jumpa 'ustazah Hamidah'
Diterbitkan:  Dec 14, 2017 12:15 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Penyanyi Aishah menyelar tindakan seorang individu menggunakan akaun Facebook palsu untuk melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Peserta Gegar Vaganza musim ke-4 itu sebaliknya mencabar individu berkenaan yang menamakan dirinya sebagai 'ustazah Hamidah' agar bersemuka dengannya.

"Mari jumpa saya wahai ustazah Hamidah. Kalau nak maki orang, biar depan-depan. Ke nak tiket free ke Gegar Vaganza? Jomlah saya panggil krew Astro shoot, nak jumpa sangat tatap ustazah ni yang senang-senang membinatangkan orang lain.

"Beginikah akhlak seorang yang berani mengaku dirinya sebagai seorang 'ustazah'. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya," katanya menerusi Facebook semalam.

Terdahulu, individu berkenaan menulis kata-kata kesat terhadap Aishah dengan menyifatkan penyanyi itu tergedik-gedik ketika membuat persembahan.

"Meluat Midah tengok penyanyi gemuk maca bab* nama Aishah ni tergedik-gedik macam suara dia tu sedap sangat.

"Dulu masa dia dalam PAS Midah minat juga pada dia tapi bila dia masuk Parti Ahli Neraka atau PAN memang Midah meluat giler pada dia.

"Konon-konon dia tu pakai tudung nak bagi orang ingat dia tu Islamlah tapi sebenarnya munafik, bab* khadam DAP. Jom komen UP supaya orang PAN meroyan kikiki," tulis individu berkenaan.

PAN adalah gelaran yang diberikan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) oleh seteru politiknya, manakala UP pula merupakan singkatan dipopularkan pemimpin PAS yang bermaksud 'Undi PAS'.

Untuk rekod, Aishah sebelum ini pernah menyertai PAS dan kerap kali muncul di pentas ceramah parti Islam itu.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Bahtera Merdeka itu kini dilihat mesra AMANAH.

AMANAH ditubuhkan sekumpulan bekas pemimpin PAS yang kecewa dengan parti Islam itu selepas mereka diketepikan pada Muktamar PAS pada tahun 2015.

Malah keputusan Aishah untuk bertanding dalam Gegar Vaganza musim ke-4 turut mendapat restu AMANAH.

Aishah berkata dia tidak terkesan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan individu berkenaan kerana berpendapat Allah mengetahui perbuatan mereka.

"Bertenang kawan-kawan, peminat dan keluarga. I ok je. Tak jadi kudis apa pun pada I spesis-spesis mulut puaka @keyboard warriors ni.

"Cuma nak ingatkan mereka ni mungkin boleh tulis tapi selindung-selindung muka, tapi mereka juga lupa apa yang mereka tulis ni 24 jam Allah nampak dan tahu siapa. Ada yang dibayar untuk buat kerja macam ni. Huhuhu, kesian," kata Aishah.

Aishah bakal berentap bersama Hazami, Liza Hanim, Lan dan Firman di pentas final Gegar Vaganza yang bakal berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Ahad ini.

Lihat Komen
ADS