Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Isteri 'penyelamat' Aliff lepas berduet dengan Sajat
Diterbitkan:  Dec 14, 2017 7:59 PM
Dikemaskini: 12:10 PM

Isteri Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menjadi ‘penyelamat’ kepada lagu Abang Nak Tegur nyanyian jutawan kosmetik itu bersama Nur Sajat.

Klip video memaparkan Aliff dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang baru dimuat naik ke laman YouTube KRU Music pada 12 Disember lalu mencecah lebih sejuta tontonan melalui semakan Malaysiakini hari ini.

Abang Nak Tegur 2.0 itu turut menghuni kedudukan pertama carta trending YouTube Malaysia.

“Demi memenuhi permintaan korang (anda) dan biar puas hati saya… saya buat vs lagi #abangnaktegur Versi 2.0 dengan wife saya..

“Kena tengok ni... walaupun video klip ni tak mewah cuma dalam bilik je harap korang suka tau... harap2 tak ada yang terasa hati sebab susah nak terima teguran.....

“Berapa like korang nak kasi??? Jangan lupa tag dan share kat kawan korang...” kata Aliff melalui Instagram miliknya.

Lagu versi kedua itu juga dilihat berjaya meraih banyak sokongan dengan ramai menyatakan “macam ni baru semangat nak like” di ruang komen.

Ketika Abang Nak Tegur disiarkan versi Aliff dan Nur Sajat sebelum ini, ia tidak disangka-sangka lebih banyak menerima kecaman malahan tanda tidak suka daripada pelawat YouTube.

Lagu versi pertama yang dimuat naik pada 23 Nov lalu - juga di laman YouTube KRU Music itu - menerima 307,000 tanda tidak suka selain ramai mencadangkan adalah lebih baik Aliff berduet saja dengan isterinya.

Bagaimanapun, menerusi semakan hari ini, ia telah mencecah lebih tiga juta tontonan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS