Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kau masih Iqram Dinzly yang kukenal'
Diterbitkan:  Dec 25, 2017 12:22 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Pengarah Erma Fatima percaya pelakon Iqram Dinzly masih seperti individu yang sama pernah dikenalinya dahulu.

Menerusi Instagram Erma mempertahankan pelakon berkenaan meskipun pelbagai tohmahan dilontar kepadanya.

"Aku tak percaya! Biar apa pun kata mereka aku tetap tak percaya. Di mana jua kau berada dik, akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan," kata Erma.

Nama Iqram sejak kebelakangan hangat diperkatakan ekoran sikap dan aksi peliknya yang dirakam di laman sosial Instagram.

Susulan itu ramai pihak membuat spekulasi Iqram menghadapi kemurungan dan tekanan perasaan, lebih-lebih lagi selepas bapanya meninggal dunia.

Selain kelihatan kurus, Iqram juga tampil dengan fesyen berserban yang menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada peminatnya.

Bagaimanapun pelakon itu baru-baru ini berkata dia sengaja mencetuskan polemik dengan memuat naik pelbagai rakaman perlakuan sebagai gimik awal untuk mempromosikan perniagaannya.

Menurut Erma, dia yakin apa yang dilakukan Iqram di media sosial hanyalah sekadar persembahan untuk dipamerkan bagi mengingatkan sifat buruk yang terdapat pada diri masing-masing.

"Setiap kali akak tengok video live kau setiap kali itu hati akak yakin kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami.

"Maki hamun, keji mengeji itulah kita. Terima kasih dik kerana mengingatkan kami tentang diri kami. Akak percaya, akak percaya kau masih Ikram Dizly yang aku kenal dulu," kata Erma.

 

Lihat Komen
ADS