Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mata Kazim 'sejuk' tengok Iqram
Diterbitkan:  Jan 3, 2018 1:49 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Pelakon yang kini menjadi bualan ramai, Iqram Dinzly mengadakan pertemuan dengan pendakwah terkenal Kazim Elias, beberapa hari selepas menolak jemputan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad.

Kazim berkongsi beberapa gambar pertemuan di tahfiz miliknya iaitu Pusat Pendidikan Al-Baraqah di Ipoh, Perak, menerusi posting di Facebooknya 1 Januari lalu.

Kazim menyatakan kegembiraannya menerima kunjungan Iqram yang ditemani pelakon Johan As'ari.

"Menerima kunjungan Iqram...sudah lama tidak berjumpa dia. Syukur dia sihat, lama juga berborak dengan dia tadi.

"Ceria dan 'sejuk' memandang mereka," katanya.

Menurut Kazim yang juga pengetua pusat berkenaan, dalam pertemuan itu dia sempat memberikan sepatah dua nasihat buat aktor terbabit yang dikatakan mengalami kemurungan atau tekanan.

“Saya sampaikan juga nasihat kepada dia,” katanya lagi.

Kelakuan pelakon siri Janji Diana (2006) itu dikatakan berubah mendadak selepas bapanya, Muhammad Saipuddin Seri Ahmad Said meninggal dunia akibat diabetes, darah tinggi serta angin ahmar pada 10 Oktober lalu.

Terdahulu, perubahan Iqram turut mendapat perhatian mufti Wilayah Persekutuan yang mengajaknya untuk bertemu bagi sesi suai kenal selain membincangkan situasi yang dihadapinya.

Namun Iqram menolak pelawaan untuk ke Kuala Lumpur, sebaliknya mengajak Zulkifli ke rumahnya di Ipoh agar ibunya yang masih dalam 'iddah dapat bersama-sama.

Kazim malah berkata, Iqram dan Johan bakal menjadi pelajar di pusat tahfiznya.

“InsyaAllah, Johan akan belajar di Al Barakah dan begitu juga Iqram. Cuma dia perlu menenami ibunya yang masih dalam iddah.

“Tahniah Iqram dan Johan, saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat,” kata Kazim lagi.

Lihat Komen
ADS