Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari disambung reman sehari lagi bermula hari ini selepas ditahan kerana dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang orang awam.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairul Azhar Mohd Ishak mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Farid yang memakai pakaian kemeja berwarna kelabu dan berseluar warna ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis sebelum diiringi ke kamar mahkamah pada jam 11.30 pagi untuk prosiding.

Adik Farid, Fadzil Azhari suami kepada aktres Yana Samsudin dan beberapa rakan artis seperti Azhan Rani serta Azad Jamin turut kelihatan hadir di kompleks mahkamah.

Farid, 36, sebelum ini dilaporkan ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan berhubung kemalangan jalan raya.

Sewaktu berurusan di kaunter balai berkenaan, pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba itu didakwa tiba-tiba menampar petugas yang menerima aduan.

Kejadian terbabit disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Suami kepada aktres Diana Danielle itu turut didakwa menendang dua orang awam di tempat sama.

Ujian saringan air kencing pula mendapati pelakon terbabit dilapor positif ganja.

Farid sebelum itu dikatakan menahan sebuah kenderaan dinaiki lelaki berusia 34 tahun di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana kira-kira jam 12.30 hari.

Ekoran kejadian itu, Farid diperintah tahan reman empat hari bermula Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mmajistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon terbabit bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Lihat Komen
ADS