Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sajat baik-baik saja, emosi tak terganggu pun
Diterbitkan: Β Jan 17, 2018 11:55 AM
β‹…
Dikemaskini: 4:01 AM

Tidak ada apa-apa yang terganggu, malah usahawan barangan kecantikan itu berasa berada dalam keadaan baik-saja ketika dijadikan bahan ketawa, kecaman dan sindiran orang ramai.

Menurut Nur Sajat Kamaruzzaman emosinya tidak terganggu, tetap berada dalam keadaan normal ketika ini.

"Alhamdulillah emosi saya tidak terganggu, normal. Saya rasa emosi masyarakat yang terganggu, itu sahaja," katanya secara berjenaka.

Dipetik Sinar Online Nur Sajat berkata dia tidak menjangkakan bakal ada pertemuan susulan dengan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas kedua-dua pihak duduk semeja semalam.

"Kalau ada pertemuan pun mungkin dalam bentuk seminar, aktiviti bersama anak tahfiz ke tempat kami, buat doa selamat, doa kesyukuran...berniaga," katanya.

Nur Sajat sudah lama menjadi perhatian ramai sama ada kerana perniagaannya atau dirinya sendiri.

 

 

Tampil dengan promosi mengenai produk kecantikannya sesetengah pihak berasa kurang senang dengan tindakan Nur Sajat itu.

Antara yang dipertikaikan ialah kesahihan jantina Nur Sajat.

Semalam pegawai Jakim yang juga pakar hal-hal berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Dr Izwan Yusof mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.

Selepas pertemuan itu Jakim memaklumkan pertemuan itu berjaya menemukan jalan penyelesaian bagi merungkai persoalan identiti Nur Sajat.

"Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. Insya-Allah semoga semuanya berjalan lancar.

"Jalan penyelesaian ini bagi mendapatkan pengesahan identiti sebenar Nur Sajat," Mohd Izwan Md Yusof dipetik portal mStar Online.

Pertemuan berkenaan berlangsung di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, Selangor.

Beberapa jam selepas pertemuan itu Nur Sajat memuat naik klip video menunjukkan dia bermesra dengan dua anaknya, Syaza dan Syahmi, di rumah mereka.

"Anak-anak Sajat adalah semangat Sajat," katanya di Instagram.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS