Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kes curi harta Aliff Syukri selesai
Diterbitkan:  Jan 24, 2018 1:41 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Polis menahan sepasang suami isteri yang juga bekas pekerja Datuk Seri Aliff Syukri berhubung dakwaan mencuri wang tunai dan barang kemas bernilai RM100,000, pada 18 Jun tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S Somu, kedua-dua suspek terbabit ditahan di rumah mereka di Pandamaran, Klang kelmarin.

Katanya, suspek berusia 20 dan 40 tahun itu mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah yang sudah didakwa tahun lalu.

"Susulan tangkapan itu, polis menemui semula barang kemas bernilai RM25,000 yang dilaporkan hilang.

"Polis juga merampas satu beg berjenama dan wang tunai RM2,000 daripada suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh hari ini.

Somu berkata, dengan penahanan pasangan terbabit polis menganggap kes berkenaan selesai.

"Dua suspek ini akan direman sehingga 4 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dua bekas pembantu rumah Aliff Syukri didakwa di mahkamah pada 5 Julai tahun lalu atas tuduhan mencuri barang kemas milik isteri jutawan kosmetik produk kecantikan dan pengarah urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd itu.

Aliff mendakwa mengalami kerugian RM100,000 ekoran kejadian berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS