Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Yuna milik Adam dengan sekali lafaz
Diterbitkan:  Jan 26, 2018 8:53 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

Pernikahan pasangan Yuna dan Adam Sinclair berjalan lancar kira-kira jam 7 petang tadi.

Bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang, Yuna yang berwalikan bapanya diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz.

Majlis Pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 anggota keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

"Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak," kata kenyataan Yuna Room Records, patang tadi.

Menurut kenyataan itu pihak Adam, atau nama penuhnya Adam Yousof Mohamed Sinclair memberikan tujuh dulang hantaran, manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Khabar angin berhubung majlis pernikahan mereka mula bertiup kencang sejak awal Jumaat, namun tiada maklumat terpeinci diberikan.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 31 tahun, mengumumkan hari bersejarah itu melalui kad jemputan yang sudah diedarkan kepada jemputan dan media, sejak minggu lalu.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi tertutup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini.

Lihat Komen
ADS