Alicia macam jantan, tak layak jadi Lara Croft?
Ketika Alicia Vikander menyahut cabaran untuk membawa watak yang ditawarkan kepadanya tiada sebarang keraguan bahawa dia akan dibanding-bandingkan dengan aktres lain.
Justeru memang benarlah. Kemunculan Alicia sebagai Lara Croft dalam bikinan semula filem Tomb Rider mengundang kritikan.
Cuma kritikan itu bukanlah kepada tahap lakonan atau kemampuannya beraksi lasak, sebaliknya 'jurang ketara' antara dirinya dan pelakon lain yang pernah menjadi Lara Croft iaitu Angelina Jolie.
Dalam satu ulasan, seorang penulis untuk PhillyVoice mencetuskan kemarahan ramai selepas dia mengkritik bentuk tubuh Alicia yang dikatakan kurang menggiurkan.
Malah lelaki berkenaan turut mencadangkan Lara Croft sepatutnya digelar sebagai Luke Croft.
Tak payah tukar skrip
Ulasan ditulis Jerome Maida itu pada asalnya menyebut dengan ketara mengenai penampilan Alicia yang jelas jauh berbeza berbanding Angelina.
Menurut Maida, lakonan Alicia tidak sedikit pun mempunyai tarikan seksual dan kadangkala wanita berusia 29 tahun itu kelihatan seolah-olah dia berusia 16.
Katanya jika Warner Brothers menukar jantina watak dan meletak judul filem berkenaan sebagai Luke Croft - perkara itu dianggap sebagai tidak merugikan.
"Sekiranya mereka bersetuju menjadikan Luke Croft sebagai watak utama Warner Bros tidak perlu mengolah skrip sama sekali," sindirnya.
Kritikan itu mencetuskan kemarahan yang meluap-luap orang ramai sehingga mendorong editor portal itu memadam seluruh bahagian yang disifatkan menyinggung serta bersifat diskriminasi.
Pengarang kemudian menulis nota pada artikel Maida: "Ulasan ini pada awal menyentuh jurang perbezaan bentuk fizikal antara Alicia dengan Angelina. Selepas dipertimbangkan, kami mengeluarkan apa yang pernah dikemukakan."

Bagaimanapun, kesilapan dilakukan Maida diibaratkan sebagai kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
Sebagai reaksi, pembaca yang marah dengan ulasan berkenaan bertindak balas, sama ada memuat naik tangkap layar petikan itu di media sosial ataupun mengulang semula apa ditulis di Internet.
“Dia berpendapat wanita memiliki payudara sederhana atau kecil kurang memberi imej yang baik kepada wanita,” kata seorang pengguna Twitter.
Seorang lagi pengguna menulis bahagian paling dia gemari adalah: “Wanita ini tidak meningkatkan nafsu. Bagaimana untuk memperkasakan wanita sekiranya saya tidak mahu... mereka?”
Baca Polis cari penyanyi tayang payudara
Kebanyakan pengguna lain pula mengecam penerbitan itu dengan berkata mereka sepatutnya berasa malu kerana menyiarkan ulasan berkenaan.
Dalam satu komen lain pada artikel, penulis terbabit secara jelas berkata dia tidak bersetuju apabila bahagian tertentu pada ulasannya dikeluarkan.
Alicia satu nama yang tidak asing lagi di Sweden. Dia membuat kemunculan pertama melalui filem Pure (2010) dan watak itu berjaya memenangkannya Anugerah Rising Star Award di Festival Filem Stockholm.
Alicia juga pernah dicalonkan beberapa kali dan memenangi beberapa anugerah lain termasuk Oscars untuk watak Gerda Wegener dalam The Danish Girl.


