Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Majalah Gila-Gila yang menjadi peneraju humor nasional pertama dan masih kekal terbitannya hari ini genap 40 tahun.

Sempena sambutan ulang tahun Majalah Gila-gila yang ke-40, Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) bersama Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) menganjurkan Bicara Kartun Dan Komik Menyusuri Sejarah Kartun dan Komik Malaysia, Gila-Gila 40 Tahun.

Presiden ANIMAS, Amir Hamzah Hashim berkata penganjuran forum tersebut dibuat bagi tujuan mengimbau sejarah penerbitan komik dan majalah kartun tanah air, meraikan karyawan kartun, berkongsi idea untuk kesinambungan penerbitan masa kini serta merangka perjalanan masa depan.

“Forum tersebut dianjurkan bersempena pameran 'Kartun dan Kita' di Muzium Negara, serta bersempena meraikan Hari Kartunis Malaysia 1 April 2018.

“Dan melalui forum ini, RKKM dan ANIMAS mengharapkan satu rumusan dapat diangkat bagi menjana kelestarian industri kartun, komik dan animasi tanah air,” katanya.

Forum tersebut membariskan kesemua ahli panel pada hari ini adalah para pengasas Gila-Gila termasuk Pengarah Urusan Gila-Gila, Jaafar Taib.

Lihat Komen
ADS