Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Raja Ilya tolak Marvel sebab langgar sensitiviti Islam
Diterbitkan:  Apr 5, 2018 4:28 PM
Dikemaskini: Apr 6, 2018 7:24 AM

Aktres Raja Ilya menolak tawaran berlakon filem Marvel di Hollywood kerana bimbang terdapat unsur-unsur dalam babak yang melanggar sensitiviti Islam.

Katanya, hal itu hanya disedari ketika dia mula membaca skrip yang diterimya selepas selesai menjalani ujian pencarian bakat yang diadakan di negara Unlce Sam itu baru-baru ini.

“Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam.

“Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh penuh Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 32, itu menegaskan tiada pembohongan dilakukan berhubung tawaran yang diterima untuk bekerja dalam francais berkenaan.

Kata Raja Ilya, dia benar-benar mendapat watak yang ditawarkan kepadanya itu selepas berjaya melalui proses saringan.

“Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi.

“Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Segala urusan seni dibantu agensi yang bertapak di sana.

“Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar,” katanya menjawab dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menipu berhubung tawaran berkenaan.

Lihat Komen
ADS