Bintang Bollywood Salman Khan dipenjara lima tahun dan didenda 10,000 rupee (kira-kira RM6,000) selepas didapati bersalah memburu spesis terancam India, blackbuck pada 1998, tanpa permit.

Perkara itu diputuskan mahkamah di negeri Rajasthan, India.

Pihak pendakwaan mendakwa Khan, 52, dan empat lagi pelakon melarikan diri meninggalkan bangkai haiwan itu ketika dilihat penguat kuasa.

Khan berulang kali berkata beliau diperangkap oleh pegawai-pegawai dalam kes itu blackbuck yang dirujuk itu boleh mati akibat terlalu panas.

Empat pelakon lain bagaimanapun dibebaskan mahkamah.