Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Usop Wilcha takkan pangkah 'dacing senget'
Diterbitkan:  Apr 11, 2018 5:37 PM
Dikemaskini: Apr 12, 2018 9:24 AM

Watak popular dalam filem Zombi Kampung Pisang, Usop Wilcha tampil dalam satu klip video khas yang diterbitkan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pelawak yang terkenal dengan loghat Perak itu menyanyi sebuah lagu ringkas tetapi berbaur sindiran ditujukan khas buat Barisan Nasional (BN).

"Tunggu jadual untuk kempen PH dan @chedetofficial dan geng. Sambil tu tengah nukor (tukar) lirik kot-kot bley (boleh) nyanyi sambil ceramah.

"Kena ada elemen ucapan dan hiburan. Ini dikhabarkan Campaigntainment kan," katanya di media sosial.

Lirik lagu yang diselit unsur-unsur lucu itu antaranya memetik tentang kesukaran hidup dialami rakyat gara-gara GST turut dinyanyikan secara bersahaja.

Berikut lirik lagu itu:

Banyak benda tak habis bayo

Bangun tido teruih ngeletor (menggeletar)

Banyak benda tak habis bayo

Niat hati sambung koje lagi

Dapatlah OT bayo GST

Sembang dacing timbang

Ngabo nak tolong orang Melayu

Deme rakyat nak tumbang

Apa hajat kome tak bantu

Umbut umbut nyior belalang kedek-kedek

Udoh kami tak sior takkan pangkah dacing senget

Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri, 53, sebelum ini pernah mengumumkan akan membantu Pakatan Harapan dalam PRU14.

Lihat Komen
ADS