Serina pertahan sokong BN walau diugut boikot
Pelakon dan penerbit Serina Redzuawan mempertahankan keputusannya memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) walaupun selepas diugut akan diboikot segelintir peminat.
Serina dalam responnya di Instagram, menolak pemikiran negatif dan kurang matang ditunjukkan pengikut yang berbeza fahaman politik apabila ada antara mereka yang meluahkan hasrat untuk berhenti mengikuti (unfollow) dan membatalkan niat untuk membuat tempahan char kuey tiaw yang diusahakannya.
“It’s OK (tidak mengapa) rezeki di tangan Allah SWT, tak beli pun tak apa, kelakar...hal politik nak kecam saya.
Anak kepada chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan itu pada awalnya berkongsi keterujaan beliau menyokong BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya sayang Malaysia. Kalau kita sayangkan negara kita buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anak-anak kita. #SupportBN #ilovemalaysia #celebritysportsclub #JomBN #pru14.

“Bersama kita hebatkan orang muda, kami sentiasa menyokong kepimpinan BN kerana suara muda kami didengari, banyak program yang dilaksanakan mengikut apa yang anak muda inginkan, program yang beri manfaat berunsur sukan, muzik, dakwah dan pendidikan.
"Tahniah YB @khairykj, @emysamsudin Exco Puteri @diraabuzahar. #JomBN@celebritysportsclubmy sentiasa menyokong Barisan Nasional,” katanya melalui keterangan pada tiga gambar dimuat naik.
Walaupun tidak kisah dengan ancaman diberikan, Serina menjelaskan tujuan dia memuat naik gambar dengan bendera biru (BN) itu bukan untuk memaksa sesiapa membuat pilihan yang tidak disukai dalam memilih parti pemerintah akan datang.
“Biarlah dia nak meroyan saya tak paksa suruh undi BN pun.Terpulang lah nak undi parti apa pun. Asalkan orang Melayu tak berpecah dan agama Islam dijunjung tinggi. Tak mahu follow saya bagai...hanya hal politik. Biarkan sifat tak matang tu.
“Pilihlah apa pun. Saya OK saja nak gaduh pula di wall ni. Lepas tu nak unfollow saya, ia amat kelakar. Teruskan sikap kurang matang kan,” katanya.

