Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pemain bass kumpulan yang popular sekitar 1980-an, Blues Gang, Jim Madasamy meninggal dunia hari ini pada usia 68 tahun.

Maklumat itu disahkan oleh pemain gitar utama Julian Mokhtar melalui akaun Facebook miliknya.

“Hari yang begitu sedih hari ini. Rakan baik saya selama 47 tahun telah meninggalkan kami. Semoga rohnya tenang Jim Madasamy,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan Blues Gang, Tok Ghani atau nama penuhnya Ghani Abu Talib berkata dia difahamkan bahawa mayat mendiang dibedah siasat di Hospital Selayang.

"Saya juga difahamkan mayat mendiang akan dibawa ke Johor Bahru malam ini untuk upacara pembakaran mayat," katanya yang bermain keyboard.

Jim semasa hayatnya dikesan menghidap penyakit afasia, sindrom neurologi yang menjejaskan perbuatan bertutur dan berbahasa.

Blues Gang turut dianggotai, Datuk Seri Ito Mohd (vokalis, harmonika) dan Shaik Karim (dram dan vokal).

Kumpulan berkenaan popular dengan lagu-lagu seperti Apo Nak dikato, Oh! Mama Saya Mahu Kahwin, Mak Siti dan Lagu Tiga Kupang.

Walaupun sudah berpecah, namun ahli-ahlinya masih ada yang aktif membuat persembahan di kelab-kelab di ibu kota.

Lihat Komen
ADS