Bintang Hollywood Natalie Portman mengumumkan beliau tidak akan hadir untuk mengambil hadiah berprestij Genesis Prize, yang turut dikenali sebagai “Hadiah Nobel Yahudi”, kerana membantah dasar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Tentera Israel sedang berdepan kritikan dunia susulan penggunaan senjata bagi menyuraikan protes di sempadan Gaza sebelum ini.

Hadiah itu menawarkan hadiah AS1 juta.

“Saya pilih tidak hadir kerana saya tidak mahu dilihat merestui Benjamin Netanyahu, yang akan memberikan ucapan dalam acara itu” tulisnya di Instagram.