Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

PRU14 | Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menafikan berkempen untuk calon HARAPAN.

Acara itu tidak mempunyai sebarang makna politik, katanya kepada Malaysiakini.

"Saya turut sertai program memasak (anjuran) Wanita Umno di Baling juga," katanya.

Menurut Chef Wan beliau perlu membayar ansuran rumah dan perbelanjaan lainnya.

Awal hari ini, beliau dilaporkan media tempatan dilihat berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pulau Pinang.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook akhbar Sin Chew Daily, beliau dilihat mengadakan demonstrasi memasak yang dinamakan 'Chef Wan: Mai To'Kun' di Hutan Lipur Bukit Mertajam pagi ini.

Calon DAP bagi Bukit Mertajam, Steven Sim dan calon PKR bagi Machang Bubuk Lee Khai Loon turut dilihat bergambar bersama chef terkenal itu.

Chef Wan dipetik oleh akhbar harian Cina itu sebagai berkata beliau membantu kempen HARAPAN "demi keadilan". Bagaimanapun Chef Wan telah menafikan laporan itu.

Sementara itu, HARAPAN Pulau Pinang juga akan menampilkan Chef Wan dalam program dinamakan 'Membawang Bersama Chef Wan' di Tanjung Tokong, Ahad ini.

Poster program berkenaan turut dikongsikan oleh pemimpin DAP, Dyana Sofya di laman Facebooknya.

Lantang suarakan pendapat

Sebelum ini Chef Wan dikenali sebagai seorang yang lantang menyuarakan pendapat dalam pelbagai isu.

Misalnya pada Disember lalu beliau mengkritik pengurusan Felda yang terpalit dengan skandal jualan tanah di Jalan Semarak dengan tulisan pedas “Dulu, Felda. Now, failed dah".

Dalam kapsyen, beliau yang juga anak peneroka itu, berkata keluarga Felda yang berjuang bertahun-tahun pasti geram dan sakit hati melihat tahap dicapai Felda sekarang.

“Tak rasakah kamu kami berhak geram dan rasa dikhianati?"

“Semua kepercayaan semuanya habis hanyut ke laut dan jangan datang beritahu saya, saya tiada hak berasa marah dan tertekan lihat segala pengorbanan arwah ayah, malah saya sendiri waktu remaja ketika membesar di Felda.”

 

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS