Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Armin tetapkan syarat sebelum ceraikan Ziana
Diterbitkan:  May 15, 2018 1:52 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Penyanyi Ziana Zain terpaksa menangguhkan hasrat untuk bercerai apabila suaminya, Armin Zaharin membangkitkan soal anak-anak semasa perbicaraan hari ini.

Armin memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam bahawa dia hanya akan bersetuju melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dibenarkan berjumpa dengan anak-anak mereka.

“Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya.

“Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah,” katanya.

Memetik Mstar, Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd Nizar Mokhtar yang mendengar kes tersebut.

Penyanyi lagu Putus Terpaksa itu bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghalang Armin daripada bertemu anak-anak sebaliknya berkata tindakan itu dibuat atas arahan pihak polis dan peguam.

Kata Ziana, 50, anak-anak menjadi saksi berhubung kes jenayah membabitkan Armin yang didakwa mencederakan seorang daripadanya dan prosiding kes itu masih berlangsung di Mahkamah Majistret Petalin Jaya.

Sementara itu, Mohd Nizar memerintah sebuah jawatan kuasa pendamai dilantik bagi menyelesaikan konflik rumah tangga pasangan berkenaan dengan kehadiran pegawai perunding yang dilantik mahkamah.

Adik Ziana, Anuar Zain dilantik bagi mewakili kakaknya manakala di pihak Armin selaku defendan, dia melantik rakannya Azizi Yaakob bagi sesi itu nanti.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Jun depan.

Pasangan itu bernikah pada 9 Mei 19998 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar, 14 dan pasangan kembar berusia 9 tahun, Muhammad Ariel serta Siti Nur Kaseh.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS