Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jet Li nafi hidup dalam uzur
Diterbitkan:  May 24, 2018 12:40 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Buat pertama kali selepas lama menyepi dari radar dunia hiburan, Jet Li memuat naik imej terbarunya di media sosial.

Tidak seperti disangka ramai orang bintang filem aksi itu dilihat berada dalam keadaan sihat.

Hal itu sekali gus bercanggah dengan imej mengenainya yang tular baru-baru ini.

Melalui imej berkenaan Jet Li dilaporkan sedang uzur dan bergelut melawan penyakit hipertiroidisme serta masalah tulang belakang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang bimbang terhadap tahap kesihatan ini. Saya dalam keadaan sihat, malah saya juga teruja untuk berkongsi projek terbaru yang saya usahakan.

"Buat masa sekarang, terima kasih kerana kerana sokongan anda,” katanya pada hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu, kesihatan Jet Li dilaporkan merudum hingga membuat pergerakannya terbatas.

Imej keadaan itu muncul selepas pelakon Lethal Weapon V dan Kiss Of The Dragon berkenaan melawat sebuah kuil di Chengdu dan bukan seperti dilaporkan di Tibet baru-baru ini.

Kebanyakan peminat China meluahkan perasaan terkejut selain bimbang apabila melihat Jet Li, 55, dalam keadaan lemah selain berita mengejutkan mengenai masalah kesihatannya dipaparkan secara meluas dalam berita antarabangsa termasuk AS.

Bahkan ada peminat yang tidak percaya dengan imej yang menjadi tular kerana aktor kelahiran Beijing itu kelihatan sudah tidak setangkas dulu berbanding aksi-aksi lasak dilakonkannya selama empat dekad sebelum ini.

Jet Li bagaimanapun kekal berdiam diri mengenai imej tular terbabit hingga malam tadi sebelum memuat naik hantaran terbaru di media sosialnya.

Dalam imej dikongsikan itu, Jet Li memuat naik tiga gambar termasuk satu bersama seorang sami.

Semakan Malaysiakini setakat pagi ini mendapati hantaran Facebook itu hampir mencecah 60,000 tanda suka dan lebih 3,000 perkongsian.


Baca Jackie Chan, Jet Li diajak berlakon filem Makassar


Selain Facebook, Jet Li turut menggunakan aplikasi media sosial berpengaruh di China, Weibo untuk berterima kasih ke atas peminat yang bimbang dengan imej dirinya yang kelihatan seperti “80 tahun.”

Sementara itu, pengurus Steven Chasman berkata, imej tular itu memberi gambaran buruk ke atas Jet Li.

“Jet Li mengidap hipertiroidisme selama hampir 10 tahun. Bagaimanapun penyakit itu tidak mengancam nyawa dan dia menanganinya dengan baik," katanya.

Lihat Komen
ADS