Sejak Rajinikanth mengumumkan pembabitannya dalam politik timbul spekulasi dia akan menjalin kerjasama dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang membentuk kerajaan India menjelang pilihan raya umum (PRU) negara itu tahun depan.

Bagaimanapun, melalui filem terbaru bintang filem Kollywood itu pelakon veteran yang dipuja-puja jutaan manusia itu memberi bayangan sebaliknya.

Kaala filem pertama dijayakan Rajinikanth selepas dia - pada Disember lalu - melancarkan penubuhan parti sendiri dan membayangkan meletakkan calon di semua kerusi di Tamil Nadu pada PRU 2021.

Ia dilaporkan mendapat sokongan BJP.

Bagaimanapun, melalui Kaala pelakon itu memberikan bayangan sebaliknya.

Februari lalu ada bayangan untuk Rajinikanth bekerjasama dengan parti yang ditubuhkan seorang lagi bintang Kollywood, Kamal Haasan.

Namun Kamal tidak memberikan kata putus sebaliknya sekadar bersikap terbuka terhadap semua kemungkinan.

Tiada kaitan politik

Kerjasama kata Kamal hanya akan berlangsung jika matlamat parti Rajinikanth dapat diterima oleh pihaknya.

Disember lalu, Rajinikanth berkata beliau mahu bergiat aktif dalam politik kerana berazam mahu mengubah sistem kerajaan. Ia adalah sentimen yang dipaparkan dalam watak yang dibawanya dalam Kaala.

Dalam filem yang mengguna latar belakang kawasan setinggan Dharavi di Mumbai, Rajinikanth membawa watak pejuang yang bangkit menentang seorang ahli politik sayap kanan kerana mahu mengambil alih tanah penduduk setempat.

Watak antagonis tu dimainkan Nana Patekar.

Sementara itu, pengarah Kaala, Pa Ranjinth menafikan filem dihasilkannya mempunyai agenda politik.

“Hanya pada penghujung filem (watak protagonis dimainkan Rajinikanth) berkata dia akan masuk politik.

“Bagaimanapun sebelum itu dia (Rajinikanth) langsung tidak terfikirkan mengenai perkara itu.

“Filem ini bukan berkisahkan kecenderungan politik Rajinikanth,” katanya.


Baca Pekerja dapat cuti khas sempena Kabali


Terdahulu sewaktu pelancaran runut bunyi naskhah berkenaan Rajinikanth berkata Kaala membincangkan isu-isu berkaitan politik bagaimanapun ia bukanlah sebuah filem mengenai politik.

Dia dilihat mendapat sokongan ramai di Tamil Nadu dan menjadi satu daripada alasan BJP ingin meluaskan pengaruh parti itu hingga ke Selatan dengan cubaan memujuk Rajinikanth.