Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hantu Kak Limah betul-betul lumayan
Diterbitkan:  Aug 18, 2018 3:58 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Filem Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold memecah rekod kutipan apabila memungut RM13.6 juta untuk minggu pertama ia ditayangkan.

Ia sekali gus menjadikan filem arahan Mamat Khalid itu muncul sebagai filem pecah panggung nombor satu dengan kutipan tertinggi (kategori filem tempatan) untuk 2018 setakat ini.

Filem komedi seram itu masih ditayangkan di 146 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Penerbit eksekutif Hantu Kak Limah, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim hari ini menyatakan rasa gembira mereka terhadap sambutan yang diberikan orang ramai.

Tidak dilupakan, mereka juga menyampaikan rasa terhutang budi kepada media yang turut menyumbang kepada kutipan tinggi berkenaan.

"Diharap sokongan ini berterusan agar filem Hantu Kak Limah bertahan untuk minggu-minggu akan datang," kata mereka dalam satu kenyataan.

Hantu Kak Limah membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz yang dibantuk Sabri Yunus, serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Lihat Komen
ADS