Paling Popular
Terkini

Pelakon komedi tanah air yang pernah menghiburkan pelbagai kaum melalui telatahnya dalam siri komedi Santan Berlada, Accapan, meninggal dunia di rumahnya awal pagi tadi.

Anak bongsu mendiang, Yhuveneshwary, berkata pelakon serta pelawak terbabit menghembus nafas terakhir di sisi keluarga mereka di Taman Puchong Utama kira-kira jam 2.43 pagi.

Accapan berusia 63 tahun.

Kata Yhuveneshwary pelakon itu mengalami masalah buah pinggang sebelum ini.

Sementara itu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) berkata upacara penghormatan terakhir buat Accapan akan diadakan di rumah mendiang di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Accapan - atau nama sebenarnya pemilik nama sebenar R Samynathan - meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran, 31; Dhineshwaran, 28; dan Yhuveneshwary, 24.

Semasa hayatnya, Accapan banyak berlakon drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati dan meninggalkan kesan kepada penonton.

Selain Santan Berlada dia juga pernah membintangi siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Lihat Komen
ADS