Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahmad Dhani malas bikin album jika tak dibayar Rp500 juta
Diterbitkan:  Sep 18, 2018 12:24 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Pengasas dan ketua kumpulan Dewa 19 Ahmad Dhani diketahui umum sudah beralih arah ke bidang politik.

Rutin hariannya mengikuti aktiviti politik tercatat sebaik dia mendaftarkan dirinya sebagai anggota Parti Gerindra tahun lalu.

Hal itu menyebabkan pemilik nama penuh Dhani Ahmad Prasetyo jarang menghasilkan karya-karya muzik, dunia yang membesarkan namanya sebelum ini.

Malah Ahmad Dhani mengaku dia sudah tidak memiliki niat dan hasrat untuk menghasilkan karya baru.

“Malaslah,” katanya seperti dipetik Tribunenews.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Pupus, Kosong dan Mati Aku Mati itu berkata, keengganannya bukan kerana dia tidak mempunyai keinginan “menggebu” untuk membuat muzik.

Kata suami Mulan Jameela itu, belum ada pihak yang sudi membayar mengikut kemahuannya.

“Tiada yang hendak bayar. Tiada yang hendak bayar saya untuk hasilkan album,” katanya.

Namun, pengasas syarikat pengurusan Republik Cinta Manajeman itu masih membuka peluang buat mana-mana pihak yang sudi mendapatkan khidmatnya untuk menghasilkan lagu.

Tetapi tawaran itu datang dengan bersyarat.

“Kalau ada yang sudi membayar hingga Rp500 juta (kira-kira RM140,000) saya OK-lah,” katanya.

Kesungguhan Ahmad Dhani dalam bidang politik sebelum ini dapat dilihat apabila dia menukar nama untuk jangka pendek bagi memenuhi syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum pada 19 April 2019.

Jika tiada aral melintang, Ahmad Dhani akan bertanding pilihan raya untuk kerusi Surabaya, Jawa Timur.

Lihat Komen
ADS