Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Kemelut di antara Aishah dan Datuk Seri Vida dijangka akan berpanjangan selepas Juara Gegar Vaganza 4 (GV4) itu enggan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut ahli perniagaan berkenaan.

Malah Aishah sebaliknya mahu Vida memenuhi dua tuntutan yang dikemukakan sebelum ini sebelum sedia bersemuka dengan hartawan kosmetik itu.

“Saya tak ada masalah untuk berjumpa dengan Vida sekiranya dia tunaikan dua tuntutan kami seperti terkandung dalam surat guaman yang diserahkan pada 5 Oktober lalu,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin itu pada 5 Oktober lalu menuntut Vida memberi seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan selain permohonan maaf.

Semalam, melalui satu sidang media diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Vida memberi tempoh tujuh hari kepada Aishah untuk menunaikan tiga tuntutan berhubung hadiah sampingan yang menjadi pertikaian di antara mereka.

Tuntutan Vida itu ialah Aishah, 53, mesti membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu rantai berlian palsu yang dihebohkan di media sosial sejak Ogos lalu.

Kedua, Vida mahu Aishah datang bersemuka dengannya bagi menyelesaikan isu itu yang telah menjejaskan nama baiknya sebagai usahawan terkenal.

Tuntutan terakhir ialah Aishah dikehendaki memadam semua kenyataan berhubung berlian palsu yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Aishah berkata dia tidak akan sesekali berganjak daripada pendiriannya sebelum ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekarang biarlah undang-undang menentukan

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Katanya ia akan tetap begitu walaupun Vida mengancam untuk mengheretnya ke mahkamah sekiranya gagal menuruti kehendaknya seperti yang terkandung dalam surat yang dihantar kepada peguamnya semalam.

Kata Aishah keputusan itu diambil selepas menguji ketulenan hadiah barang kemas berkenaan dengan pakar gemologi.

“Berlian itu palsu dan ia telah dibuktikan oleh pakar. Jadi kenapa pula saya perlu minta maaf di atas perkara yang telah dibuktikan benar?” katanya.

Lihat Komen
ADS