Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
KLCC pula didakwa milik Indonesia
Diterbitkan:  Oct 15, 2018 1:40 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Imej DJ Korea Selatan, Soda berkebaya batik berlatar belakang Menara Berkembar Petronas atau KLCC mengundang perbalahan antara rakyat Malaysia dengan Indonesia.

Segelintir pengikut dari Indonesia mendakwa menara 88 tingkat, yang dibina semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri kali pertama, adalah milik mereka.

Tanggapan itu dikatakan berpunca daripada tindakan Soda menggayakan kebaya dan batik ketika bergambar.

“Batik kamu pakai dan Menara Berkembar Petronas KLCC milik Indonesia.

"Kamu tak boleh pakai batik dan ambil gambar dengan KLCC dari Indonesia,” kata pengguna akaun @aliasabdul90.

“Lihat, betapa bodoh orang Malaysia yang mendakwa kebaya dan batik dari Indonesia milik mereka,” kata pengguna akaun yoghaputranugraha.

Bagaimanapun, netizen dari Malaysia membidas kejahilan itu dan berharap perbalahan sebegitu tidak dipanjangkang.

“Tak cukup-cukup lagi ke yang ada di negaramu. KLCC dari Malaysia. Disebabkan kain batik saja pun, itu pun nak gaduh,” katanya.

Soda atau nama sebenarnya Hwang So Hee, yang berkunjung ke negara ini memuat naik dua keping foto KLCC pada waktu malam beberapa hari lalu.

Selain KLCC, pemilik akaun Instagram yang mempunyai pengikut seramai 2.4 juta itu turut berkunjung ke Batu Caves.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan tujuan rasmi kehadiran Soda ke Kuala Lumpur.

Namun, menerusi status dimuat naik, Soda dipercayai berada di sini bagi melakukan beberapa aktiviti antaranya meluangkan masa bersama peminat menerusi segmen Lunch With Soda.

“Acara #lunchwithSoda ke-18 di Kuala Lumpur bersama Azfar. Pemuda ini amat berbakat. Ini adalah satu pengalaman yang amat berharga! #TeamSoda,” katanya. 

Sebelum ini, Malaysia pernah dituduh mencuri budaya dan makanan yang diilhamkan dari negara Indonesia seperti kuda kepang, rendang, cendol dan lagu Rasa Sayang.

Perbalahan itu dikuatkan lagi apabila tanda pagar seperti #doneclaim diwujudkan netizen bagi menunjukkan sesuatu budaya mahupun makanan itu berasal dari sesebuah negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS