Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kes rektor Aswara di peringkat rayuan - peguam

Peguam pegawai kanan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menjelaskan kes mahkamah membabitkan rektor pusat pengajian itu kini sedang berada di peringkat rayuan.

Sivanesan Nadarajah daripada Tetuan Vicknaraj, R Dratnam, Rajesh Kumar & Associate memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen N Kanageswari pada 28 September lalu.

“Kami sedang menunggu tarikh sebutan rayuan daripada mahkamah tinggi untuk arahan selanjutnya,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Malaysiakini menyiarkan Rektor Aswara Prof Datuk Dr Mohd Rizon Juhari diarahkan membayar ganti rugi RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam kes saman sivil difailkan A'eshah Ahmad @ A Tambi yang merupakan bekas pekerjanya.

Hakim Mahkamah Sesyen N Kanageswari pada 27 September lalu membuat keputusan tersebut selepas membenarkan tuntutan A'eshah selaku plaintif.

Beliau menetapkan Mohd Rizon perlu membayar ganti rugi am berjumlah RM50,000, ganti rugi teladan RM20,000. Dia juga diperintah membayar kos guaman sebanyak RM15,000.

Bagaimanapun, Sivanesan berkata, pihaknya tidak dapat memberi perincian lanjut untuk sementara waktu.

“Setakat ini tidak boleh komen apa-apa rayuan masih sedang diproses,” katanya.

Lihat Komen
ADS