Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Harith ada idea untuk filem James Bond Malaysia
Diterbitkan:  Oct 26, 2018 6:46 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Perkembangan politik negara memberi ilham kepada juara lawak dunia, Harith Iskander untuk menghasilkan filem perisikan tersendiri setaraf dengan James Bond.

Untuk membawa watak ketua agensi MI6 itu, Harith mencadangkan nama aktres Sharifah Amani.

“Memperkenalkan 'bekas ketua perisik; Malaysia dari Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), agensi yang kurang dikenali dan pasukan rahsia bagi menangani isu keselamatan.

“Tugasnya seperti M dalam filem James Bond.

“Saya undi @sharifahamani untuk membawa watak beliau bagi versi baru filem klasik Mat Bond,” ciapnya di Twitter semalam.

Harith turut memuat naik imej bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.  

 

Hasanah, 61, semalam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah AS$12.1 juta milik kerajaan Malaysia.

Mengikut pertuduhan, Hasanah, 61, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam telah melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 30 April dan 9 Mei 2018.

 

 

 

Sementara itu, hasil semakan Malaysiakini mendapati, ciapan Harith mengundang perhatian netizen yang beranggapan cadangan itu amat melucukan.

Ada juga pengguna alam maya turut menamakan pelakon lain bagi membawa watak sebagai ketua risikan sekiranya filem Mat Bond versi baru dihasilkan.

“Saya fikir Erma Fatima lebih sesuai membawa watak itu, hehe,” kata pengguna akaun @malleezz.

Harith, 51, diiktiraf sebagai "manusia paling kelakar" di dunia selepas muncul juara pertandingan Laugh Factory's di Helsinki, Finland pada Disember 2016.

M - karakter fiksyen yang muncul dalam novel dan filem dihasilkan Ian Flemming - bertindak sebagai Ketua Perkhidmatan Perisikan Rahsia atau lebih dikenali sebagai MI6.

Bond pula bertindak di bawah arahan khusus diberikan oleh M.

Watak M dihasilkan Fleming berdasarkan beberapa individu dikenalinya yang pernah memerintah bahagian perisikan Britain.

Seramai empat pelakon pernah menjayakan karakter M iaitu Bernard Lee, Robert Brown, Judi Drench dan Ralph Fiennes.

 

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS