Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Pendosa Ingin ke Syurga, Dukun ungguli ASK 2018

Pendosa Ingin ke Syurga menepati ramalan apabila karya itu mengungguli Anugerah Skrin (ASK) 2018 bagi kategori Drama Terbaik, pada acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Karya arahan Rashid Sibir itu bersaing sengit dengan empat lagi drama iaitu Aku Nazmi, Kasih Seorang Ayah, Nisaa dan Qalbu.

Pendosa Ingin ke Syurga turut membawa pulang dua lagi anugerah iaitu bagi kategori Pengarah Terbaik Dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dilakonkan Fauziah Nawi.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi Jay Iswazir menerusi Aku Nazmi terbitan JS Pictures Sdn Bhd manakala Pelakon Wanita Terbaik Drama menjadi milik Nad Zainal melalui Fatonah Azali.

Nur yang merupakan drama arahan Shahrul Ezad Mohameddin pula diangkat sebagai Drama Rantaian Terbaik (Melayu) mengalahkan Andainya Takdir 2, Isteri Untuk Diiktiraf, Nafas dan Teratai Kemboja.

Drama terbitan Radius One Production Sdn Bhd itu turut menyapu bersih kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik Rantaian melalui watak dijayakan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle.

Karya yang ‘diperam’ 12 tahun Dukun pula dinobat sebagai kategori Filem Terbaik mengalahkan Abang Long Fadil 2, Pulang, Tombiruo: Penunggu Rimba dan KL Special Force.

Dukun diterbitkan Astro Shaw turut menggondol anugerah bagi kategori Pengarah, Dain Said; Pelakon Wanita Terbaik Datin, Seri Umie Aida; Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Namron; dan Lakon Layar Terbaik.

Nama Shaheizy Sam pula diangkat sebagai Pelakon Terbaik Filem melalui Pinjamkan Hatiku terbitan Aura White Global Sdn Bhd dan Nuansa Films Sdn Bhd.

Berikut adalah senarai pemenang ASK 2018:

Drama

Drama Terbaik - Pendosa Ingin ke Syurga

Pengarah Terbaik - Rashid Sibir

Pelakon Lelaki Terbaik - Jay Iswazir (Aku Nazmi)

Pelakon Wanita Terbaik - Nad Zainal (Fatonah Azali)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Fauzi Nawawi

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Fauziah Nawi (Pendosa Ingin ke Syurga)

Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu) - Nur

Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina) - Green Wall

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Syafiq Kyle

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Amyra Rosli

Drama Komedi Terbaik - Mat Rukun

Penyunting Drama Terbaik - Qalbu (Mohd Shahrul Amin)

Videografi Drama Terbaik - Nissa (Nasarudin Ahmad Kamal)

Lakon TV Terbaik - Aku Nazmi (Sofia J Rhyland)

Rancangan Majalah Terbaik - 999 Episod Rempit Kesas Formasi Bukit Aman

Rancangan Realiti Terbaik - Let's Cycle Musim 3 Episod 6 Light Up Borneo

Filem

Filem Terbaik - Dukun

Pengarah Terbaik - Dain Said

Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Wanita Terbaik - Datin Seri Umie Aida

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Namron (Dukun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Skrin 2017

Lihat Komen
ADS