Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Gobind Singh Deo berkata beliau terbuka sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) diletakkan di bawah kementerian jagaannya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) .

Jelas Gobind, beliau sudah bertemu dengan Muhyiddin Yassin berhubung perkara tersebut memandangkan LPF kini berada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya dah bercakap dengan menteri KDN (Muhyiddin), saya tak ada masalah mengenai perkara ini (jika LPF diletakkan di bawah SKMM).

“Ia betul-betul berkait dengan kementerian saya, saya akan lihat perkara ini, biar saya bincang dengan menteri KDN dulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan TM Forum, Digital Transformation Asia, di Shangri-la Kuala Lumpur, hari ini.

Gobind berkata demikian ketika ditanya sama ada LPF akan diletakkan di bawah kementerianya, atau tidak.

Sebelum ini, LPF di letakkan di bawah KDN yang bertindak sebagai pihak yang menapis semua filem sama ada filem tempatan atau luar negara sebelum diedar atau ditayangkan kepada umum.

Wujud kritikan terhadap LPF berhubung penapisan filem termasuklah baru-baru ini susulan potongan babak homokseksual dalam filem biografi Bohemian Rhapsody - filem yang memaparkan kisah vokalis kumpulan Queen, Freddie Mercury.

LPF juga sebelum ini dikritik kerana tidak meluluskan penayangan filem Bollywood, Padmaavat yang menjadi kontroversi kerana menyentuh isu percintaan antara raja beragama Islam dan permaisuri Hindu.

Lihat Komen
ADS