Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Azri dan Ellie dua 'bahtera siasah' berbeza di bawah satu bumbung

Walaupun sejak beberapa bulan lalu kelibat Ellie Suriati Omar bukan asing di pentas politik dan bersuara lantang untuk Melayu, rupa-rupanya si suami berbeza pula.

Malah bagi Azri Iskandar dia lebih selesa mengambil sikap tidak berpihak kepada mana-mana parti, dan hanya memberi sokongan penuh kepada kerajaan yang mendapat mandat mentadbir negara.

“Ellie yang ada menyokong parti, tapi saya tak. Fahaman kami berlainan. Saya seorang yang tak berpihak.

“Saya rakyat yang sokong government of the day (kerajaan semasa) manakala Ellie tetap dengan pendirian dia,” katanya kepada Malaysiakini.

Alasan diberikan Azri cukup mudah. Dia memang tidak berminat untuk menyertai perjuangan mana-mana parti.

Bagi pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu, kancah politik boleh menjerumus kepada perpecahan.

“Sepanjang 30 tahun jadi aktor, saya sudah kenal semua bangsa. Semua agama di sini tak pernah bermusuh.

"Saya sayang semua orang dan saya sayangkan tanah air ini. Saya memang tak minat apa-apa perkara berkaitan politik,” katanya.

Ditanya mengenai Ellie, sama ada isterinya itu pernah mengajaknya untuk sama-sama menyertai mana-mana demontrasi pembangkang, Azri dengan tegas menyatakan tidak.

“Tak ada. Dia faham dengan perndirian saya sebab ia sudah jelas. Saya tak pernah terbabit dengan apa dia buat.

"Dia sudah jadi seorang pejuang. Dia nampak sesuatu yang saya tak,” katanya.

Sementara itu, Azri juga berkata kelantangan Ellie menyuarakan pendapatnya sememangnya menimbulkan kebimbangan terutama apabila ia membabitkan punca rezeki mereka sekeluarga.

"Bukan saya tak nak berlakon, cuma tawaran tu dah kurang," katanya.

Lihat Komen
ADS