Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Disyaki jual tubuh, 2 selebriti Indonesia ditahan polis
Diterbitkan:  Jan 6, 2019 8:34 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Dua selebriti wanita Indonesia ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam pelacuran semalam.

Menurut laporan Bernama yang memetik agensi berita Antara, artis yang dikenali sebagai VA dan AF itu ditahan di sebuah hotel di Surabaya.

Menurut Ketua Polis Jawa Timur Arman Asmara, tangkapan dibuat selepas polis mengesan transaksi pembayaran untuk kegiatan itu, dipercayai masing-masing berjumlah RM7,238 (Rp 25 juta) dan RM23,164 (Rp80 juta).

Turut ditahan tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam urusan kegiatan itu, katanya lagi seperti dipetik.

"Kami melakukan siasatan melalui media sosial dan diketahui kegiatan tersebut dilakukan di sebuah hotel di Surabaya. Tarifnya yang satu Rp 80 juta, satu lagi Rp 25 juta," katanya.

Menurut laporan itu, pengurus salah seorang selebriti yang ditahan itu berkata tidak pernah tahu akan penglibatannya dalam kegiatan pelacuran secara atas talian.

"Dia ke Surabaya untuk menjadi pengacara dalam satu majlis di sana," katanya seperti dipetik.

Lihat Komen
ADS