Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pengarah kecewa, ramai lagi 'tertonggek pemikiran lama'
Diterbitkan:  Feb 15, 2019 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Pengarah teater Love in Georgetown City menzahirkan kekecewaa terhadap persembahannya sehingga menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan.

Fa Abdul menyifatkan apa yang berlaku menunjukkan masih ramai lagi pihak yang masih “tertonggek dengan pemikiran cara lama”.

Ini termasuk “cepat melatah tanpa usul periksa walaupun telah hampir menyapa tahun 2020”.

“Mungkin Malaysia Baru yang kita dabik di dada tidak banyak berbeza dengan Malaysia lama,” kata Fa.


Baca: Protes malam pertama, penganjur terpaksa tangguh teater


Teater di Pulau Pinang itu dibatalkan atas nasihat polis selepas protes PAS dan kumpulan Melayu.

Semalam sekumpulan aktivis, termasuk Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah yang terkenal dengan kelantangan mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH), hadir menyatakan bantahan di tempat persembahan di Tanjong Bungah.

Protes di luar dewan persembahan.

Sebelum ini, akhbar web PAS Harakahdaily tiga hari berturut-turut menyiarkan laporan yang membantah persembahan itu sehingga pengarah menukar nama persembahan.

Tajuk asal teater itu ialah Sex in Georgetown City.

Teater untuk penonton 16 tahun ke atas itu didakwa merosakkan akhlak dan sahsiah anak muda.

Fa telah menjelaskan sebelum ini dia tidak berniat untuk menyinggung sensitiviti agama dan budaya menerusi tajuk yang dipilihnya.

Katanya, Love in Georgetown City membahaskan isu sosial yang memberi kesan kepada masyarakat, negara, hubungan antara kaum, perkauman, pedofilia, kahwin bawah umur dan kecurangan.

Persembahan malam pertama yang sempat menemui penonton.

Lihat Komen
ADS