Vokalis band Zivilia, Zulkifli atau Zul yang pernah mempopularkan lagu Aishiteru boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah.
Menurut pegawai Jabatan Siasatan Narkotik Polis Metro Jaya, Suwondo Nainggolan, sebilangan besar barang bukti dirampas daripada Zul terdiri daripada dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram, pil ekstasi sebanyak 24,000 biji dan timbang elektrik.
"Dengan barang bukti ini, yang bersangkutan bersama rakan-rakannya, Zul boleh dikenakan hukuman mati atau minimum 20 tahun penjara, bergantung pada kesalahannya,” katanya seperti dipetik Kompas.com.
Menurut Suwondo, berdasarkan hasil pemeriksaan awal, Zul bukan hanya bertindak sebagai pengguna bahkan merupakan sebagai sebahagian jaringan pengedar narkotik.
Zul didakwa selepas barang disita melebihi 5 gram.
"Itu untuk memberikan pengajaran," kata Suwondo.
Zul ditahan di apartmen Gading River View, Jakarta Utara, Indonesia pada 1 Mac lalu.
Penangkapan itu dilakukan oleh polis ekoran penangkapan sebelumnya terhadap rakan Zul pada 28 Februari lalu.
