Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Que Haidar: Paras rupa pudar dimamah usia
Diterbitkan:  Mar 11, 2019 9:21 PM
Dikemaskini: 1:48 PM

Que Haidar hari ini tampil membidas kenyataan seorang juri sebuah pertandingan ujibakat - yang menyasarkan bakat baru sebagai pelakon - ekoran terlalu menekankan soal rupa paras berbanding menilai bakat seseorang peserta.

Bagi aktor itu, mentaliti seseorang penggiat seni itu sewajarnya berkembang seiring perkembangan zaman dan tidak lagi terletak di takuk lama.

Pemilik nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar itu berkata, paras rupa akan pudar dimamah usia, sebaliknya jika seseorang itu mempamerkan bakat yang baik, ia boleh dikenang untuk tempoh lebih lama.

“Mungkin beliau lupa rupa paras pun boleh digilap untuk zaman sekarang ni dan akan ditelan usia. Setiap hari ada muka baru yang akan muncul.

“Tetapi bakat serta ilmu yang akan terus kekal walau sudah ditelan usia,

“Sudah 2019, masih ada lagi orang dalam industri yang berfikiran sebegini,” katanya di Instagram.

Walaupun tidak menyebut secara khusus, hantaran Haidar itu dipercayai merujuk kepada laporan media semalam mengenai sesi ujibakat sebuah festival drama.

Terdahulu, juri terbabit dipetik wawancara sebuah akhbar menyarankan agar setiap peserta sedar diri dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Katanya, jika peserta menyedari mereka tidak mempunyai kriteria lengkap, seperti tiada rupa paras kacak misalnya, mereka dinasihatkan tidak membuang masa dengan menghadiri uji bakat tersebut.

Kata Que, 39, menjadi tanggungjawab seorang penghibur itu untuk mendidik masyarakat dengan menghargai bakat berbanding wajah seseorang selebriti.

“Kita sepatutnya mendidik penonton atau khalayak kita untuk menghargai seni atau bakat terlebih dahulu.

“Tanggungjawab kita kepada masyarakat bukan sibuk buat duit saja, memalukan sila hadam,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS