Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahmad Idham CEO baru Finas
Diterbitkan:  Mar 14, 2019 4:08 AM
Dikemaskini: 4:08 AM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melantik pengarah dan pelakon Ahmad Idham sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menterinya Gobind Singh Deo berkata Ahmad Idham akan memegang jawatan itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 11 Mac lalu.

"KKMM ingin mengumumkan pelantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai ketua pegawai eksekutif Finas bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 11 Mac 2019.

"Ini merupakan keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku CEO Shakib Ahmad Shakir yang telah menjalankan tugas selama empat bulan yang lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Idham, 45 bermula sebagai pelakon sebelum menceburkan diri dalam bidang kepengarahan. Antara filem yang telah diarahkannya adalah Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit.

Gobind menyatakan harapannya agar Ahmad Idham dapat meningkatkan usaha Finas dalam membangunkan industri filem tempatan.

“Saya juga berharap agar ahli lembaga Finas akan memberi kerjasama penuh kepada Ahmad Idham dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Shakib atas perkhidmatannya sepanjang empat bulan memangku jawatan itu.

Lihat Komen
ADS