Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

PRK RANTAU | Kempen BN untuk memenangkan pemangku presiden mereka, Mohamad Hasan, turut mendapat 'suntikan' semangat daripada pelakon terkenal,

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati Omar, hari ini muncul memeriahkan kempen BN dan mengajak pengundi setempat untuk memenangkan calon mereka.

Ellie yang terkenal sebagai orang kuat bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia mewakili pertubuhan dinamakan Semangat Gelombang Rakyat.

Katanya dia turun ke Rantau khusus untuk membantu Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Ditanya mengenai peluang Mohamad, Ellie enggan memandang rendah cabaran dibawa PH.

"Pada hemat saya, kedua-dua pihak sama kuat. Masing-masing ada kekuatan.

"Calon PH itu dikenali sebagai Dr Rakyat tapi calon BN dah menunjukkan kewibawaan beliau semasa menjadi menteri besar.

"Jasa-jasa beliau untuk seluruh rakyat yang berbilang bangsa. Itu kita memang tak boleh nafikan. Dia ini ketuan untuk semua kaum," katanya.

BN nak menang balik

PRK Rantau akan diadakan pada Sabtu ini dan menyaksikan Mohamad cuba mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak empat penggal lalu.

Dalam PRU ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018 Mohamad memenangi kerusi berkenaan tanpa bertanding selepas pegawai pengurus pilihan raya melarang pencabarnya, Dr S Streram, masuk ke pusat penamaan calon.

Bagaimanapun keputusan tersebut dibatalkan mahkamah dan hakim mengarahkan pemilihan diadakan semula.

Pada 13 April ini Mohamad sekali lagi akan dicabar Streram. Turut bertanding dua calon bebas, iaitu R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

Mengulas lanjut, Ellie memberitahu matlamat utama pertubuhan beliau ialah untuk mendaulatkan Malaysia.

"Tujuan utama kami ialah mendaulatkan Malaysia, sebab pada PRU-15 nanti, BN akan ambil semula kerajaan pusat. Dan Malaysia akan menjadi segar semula," ujarnya lagi.

Lihat Komen
ADS