Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Bumi Itu Bulat ajak manusia berdamai, toleransi

Meskipun toleransi dalam beragama dijadikan konsep utama penceritaan, filem Indonesia, Bumi Itu Bulat diyakini tidak akan mencetuskan kontroversi apabila isu berkenaan dibentangkan kepada umum.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu dan Nusantara Astro Shaw, Raja Jastina Arshad, masyarakat tidak perlu khuatir kerana naskhah itu diluluskan Lembaga Penapis Filem tanpa sebarang suntingan.

“Memang ia menampilkan konsep yang agak berani tapi tak ada adegan dipotong.

“Filem diilhamkan Robert Ronny ini mengangkat isu toleransi sebagai mesej utamanya.

“Ia cuba mengajak masyarakat untuk meraikan kepelbagaian agama, dengan berbuat demikian boleh menjadikan dunia lebih aman,” katanya yang ditemui selepas majlis tayangan eksklusif media di Kuala Lumpur semalam.

Bumi Itu Bulat berkisah perjalanan sekumpulan anak muda - Rahabi (lakonan Rayn Wijaya), Markus (Kenny Austin), Aldy Rialldy (Hitu), Qausar Harta (Sahid) dan Rania Putrisari (Tiara) - untk mengejar impian bergelar penghibur terkemuka.

Mereka menubuhkan kumpulan acapella diberi nama Rujak Acapella, tetapi sebelum boleh menandatangani kontrak sebagai artis rakaman, mereka diwajibkan menunaikan satu syarat.

Syaratnya ialah, Aisha (Febby Rastanti) diterima menjadi sebahagian daripada Rujak Acapella. Bagaimanapun, pelbagai konflik timbul kerana perbezaan fahaman agama dianuti Aisha.

Bumi Itu Bulat arahan Ron Widodo itu turut menampilkan nama-nama besar dalam dunia filem Indonesia seperti Christine Hakim dan Matias Muchus.

Karya itu bakal menjengah pawagam terpilih di seluruh Malaysia pada 18 April secara edaran terhad (limited release).

Sementara itu, Robert - yang juga penerbit filem berkenaan - berkata Bumi Itu Bulat dihasilkan untuk menyampaikan mesej agar generasi muda dapat bertoleransi berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

“Saya membesar di kawasan terdiri daripada pelbagai latar belakang dan saya pelajar bahawa toleransi adalah antara kunci penting untuk hidup bersama-sama.

“Ia menjadikan kita unik dan mampu menjadikan sesuatu negara maju,” katanya.

Lihat Komen
ADS