Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Manusia kalkulator mahu terus kongsi keseronokan Matematik
Diterbitkan:  Apr 13, 2019 7:03 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Selepas menjadi naib juara Asia Got Talent 2019 Yaashwin Sarawanan terus berazam untuk berkongsi "keseronokan" Matematik.

Yasshwin yang mendapat gelaran 'manusia kalkulator' berkata pencapaiannya dalam program TV itu memberi semangat kepadanya.

"Saya akan memberi tumpuan untuk melanjutkan pengajian dan berharap saya akan terus diberi peluang lagi untuk berkongsi keseronokkan matematik.

"Ia sememangnya memberi inspirasi kepada orang lain dan semangat saya,” katanya seperti dipetik The Star Online.

Berkongsi kisah kemenangannya, Yaashwin berkata dia berasa bangga mewakili Malaysia untuk menonjolkan bakatnya di pertandingan tersebut.

"Saya sangat terharu kerana dapat mewakili Malaysia pada platform yang terkenal seperti Asia Got Talent,” katanya.

Selain Yaashwin, turut mencipta nama adalah kumpulan wanita Malaysia, NAMA, yang menduduki tiga tangga ke bawah bersama penari jalanan Junior Good Vibes dari Filipina dan penari “cry wheel” Yang Shih Hao dari Taiwan.

Asia Got Talent adalah adaptasi ke-67 dalam format pertandingan “Got Talent” yang memasuki Guinness-World-Record yang disiarkan di 186 negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS